Saturday, October 22, 2011

biar hitam , bukan putih .

 seseorang yang berkulit gelap tidak akan di anggap ganjil kerana orang itu adalah orang yang di pandang mulia . hitam manis tue . jangan ingat putih itu menawan . sungguh saya akui , putih itu suci . tapi stkat suci kerana putih tapi hati hitam tiada gunanya . biar kita hitam janji hati putih . bukan saya mengeluarkan kata-kata ini untuk menuju kepada mana-mana individu . tapi realitinya di abad ini dapat kita lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana keadaan orang-orang di sekeliling kita . jangan kita terlalu taksub dengan putih yang kita miliki itu . kerana ia hanya di dunia semata-mata . renung-renungkan dan selamat beramal . :)

Monday, June 13, 2011

NENEK ibarat IBUBAPA


nenek ibarat ibuku,
beliau seorang yang gagah,
lagi bertanggungjawab.

nenek juga merupakan nenek yang
paling aku sayangi,
beliau juga seorang yang tegas,
aku sangat menyayanginya,
DULU, KINI dan SELAMANYA !

nenekku juga ibarat bapa,
beliau selalu mengajar ku erti displin dan patuh
serta bertanggungjawab sebagai seorang
anak, cucu dan kakak.

nenek selalu memberi aku
kasih sayang, belaian, dan juga
tempat bermanja.

setiap kali aku sakit,
nenek lah pengubatnya,
setiap kali aku dalam kesusahan,
nenek lah memberi aku kesenangan.

tapi kini tidak lagi,
semuanya tiada lagi di sisi.

tempat aku bermanja, berkasih
sudah hancur terlerai terlepas ke orang lain.
orang yang menyayangi aku dulu,
kini tidak pedulikan aku lagi.

aku ibarat hidup sendirian,
tanpa belaian dan kasih sayang,
aku cuba untuk mendapatkannya semula,
tapi segalanya tidak mungkin akan bersama.


mengapa semua ini terjadi ?
adakah di sebabkan orang ketiga ?
ataupun aku sudah di gelar dewasa ?
tapi semuanya tiada kena mengena.
mungkin nenek sudah tidak menyayangi aku
seperti dahulu kala. 

nenek KESAYANGAN saya !

apa yang ku harapkan hanyalah berserah kepada Tuhan yang MahaEsa.